Kategori & Tajuk


PlayDoh Network Architecture


Abstrak

Kecenderungan untuk bermain adalah sifat semulajadi manusia. Dalam mana-mana masyarakat termasuklah masyarakat primitif, permainanan simulasi mempunyai tempat istimewa dalam kehidupan. Menurut Heinich et. Ale (1993) masyarakat primitif biasanya menggunakan permainan untuk membudayakan ahli-ahlinya dan juga untuk mengajar kemahiran-kemahiran tertentu untuk hidup. Bagi masyarakat masa kini, permainan dan simulasi bukan sahaja menyeronokkan, malahan juga mempunyai unsur-unsur yang berbentuk pengajaran dan pendidikan. Senibina Rangkaian adalah satu topik di dalam silibus Sains Komputer yang memerlukan pelajar menerangkan dan melukis pelbagai jenis senibina rangkaian komputer menggunakan peralatan dan perkakasan tertentu. Di samping itu,  pelajar juga perlu mengenalpasti perkakasan dan peralatan tertentu selain memahami fungsi dan peranan setiap perkakasan dan peralatan tersebut. PlayDoh Network Architecture adalah satu teknik simulasi bagi membantu pelajar untuk memahami dan boleh menerangkan konsep rangkaian komputer seterusnya senibina rangkaian. Teknik ini berupaya memberikan pemahaman lebih jelas dalam bentuk permainan doh tanpa menggunakan peralatan yang sebenar. Ia dapat memberi gambaran sebenar supaya pelajar dapat memahami konsep dan senibina rangkaian komputer yang pelbagai dengan lebih jelas dan efektif. Sasaran kepada pelajar Sains Komputer SC015 pada semester 1 sesi pembelajaran modul 2 dan modul 3 di Kolej Matrikulasi Selangor sesi 2018/2019. Hasil daripada teknik ini, pelajar lebih mudah memahami dan berupaya melukis dan menerangkan senibina rangkaian komputer dengan betul.



Objektif am
Untuk meningkatkan prestasi pelajar dalam menerangkan dan melukis  senibina rangkaian komputer dengan betul.



Objektif khusus
i)  Untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam menerangkan tentang senibina rangkaian yang 
     pelbagai jenis.

ii)  Meningkatkan kemahiran pelajar melukis penyambungan rangkaian komputer yang pelbagai
     dengan betul.

iii)  Untuk meningkatkan kefahaman pelajar dalam menyelesaikan masalah berkaitan dengan
       senibina rangkaian.



Kumpulan Sasaran

Pelajar Sains Komputer SC015 semester 1 sesi 2018/ 2019, Kolej Matrikulasi Selangor.




No comments:

Post a Comment