Sebelum Inovasi

Pernyataan Masalah
Pelajar hanya mendengar, melihat gambarajah dan melukis senibina rangkaian komputer yang sama. Topik ini memerlukan pelajar memahami dua jenis senibina rangkaian iaitu senibina rakan kepada rakan (peer to peer) dan senibina pelayan-pelanggan (client/ server). Seterusnya, pelbagai jenis peralatan dan perkakasan yang perlu dikenalpasti jenis dan fungsinya untuk membuat sambungan rangkaian komputer. Terdapat pelbagai bentuk soalan melibatkan senibina rangkaian seperti menerangkan jenis senibina, melukis senibina rangkaian mengikut jenis dan menyesuaikan sambungan rangkaian mengikut perkakasan dan peralatan yang diberi. Kesemua ini memerlukan pelbagai aras kemahiran berfikir pelajar untuk menyelesaikan pelbagai masalah.


Contoh gambarajah senibina rangkaian  untuk Peer to Peer  dan Client/ Server







Kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru atau menggunakan kaedah “Chalk and Talk” seperti menggunakan nota rujukan, persembahan slaid dan latihan tutorial sahaja menjadikan kelas hambar dan pelajar kurang tumpuan dan minat. Teknik permainan dan simulasi “Play Doh Network Architecture “ adalah salah satu teknik permainan dan simulasi menerapkan konsep pendidikan berpusatkan pelajar.
Pandangan terhadap wujudnya masalah kepada pemahaman pelajar terhadap topik ini dibuat berdasarkan kepada pemerhatian pensyarah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, melalui Laporan Kerja Calon Sains Komputer SC015 dan Bengkel Pemantapan Penyampaian Isi Kandungan Pengajaran dan Pembelajaran bagi Matapelajaran Sains Komputer 2017/2018.

1.     Berdasarkan Laporan Kerja Calon SC015 Semester 1 sesi 2016/17, menyatakan pelajar kerap melakukan kesilapan semasa melukiskan rajah senibina rangkaian klien server dengan menyambungkan rangkaian kepada server. Pelajar sepatutnya menyambungkan komponen kepada hub atau switch.

2.     Berdasarkan Laporan Kerja Calon SC015 Semester 1 sesi 2018/19, pelajar salah konsep menyambungkan komponen dalam senibina rangkaian yang dikehendaki. Pelajar keliru dengan konsep rangkaian peer-to-peer dan klien-server.

3.     Selain itu,  daripada hasil pemerhatian pensyarah di dalam kelas pelajar-pelajar didapati sukar mengenal pasti fungsi dan membayangkan bentuk perkakasan seperti hub, switch, router dan konsep senibina rangkaian. Pelajar seringkali keliru dalam membina sambungan rangkaian apabila pelbagai alatan ICT diberikan.


      Antara contoh jawapan pelajar dalam menjawab soalan yang berkaitan senibina rangkaian komputer:






No comments:

Post a Comment