Pelaksanaan Inovasi


                Tarikh dan masa pelaksanaan: Semester 1 Sesi 2018/1019 (SC015) pada minggu 9-11.
                Sasaran : Pelajar-pelajar PST Modul 2 dan 3.


KAEDAH

Aktiviti pelajar menggunakan ‘PlayDoh Network Architecture’

1. Pelajar diberi satu set alat permainan yang terdiri daripada tanah liat, satu kotak kosong dan
    beberapa soalan berbentuk situasi.


2. Secara berkumpulan (3 atau 4 orang/ kumpulan), pelajar menggambarkan situasi yang diberi
    menggunakan bahan yang dibekalkan. Pelajar juga dikehendaki memasangkan alat dan
    perkakasan yang digambarkan menggunakan senibina rangkaian yang sesuai.
Pelajar sedang membina senibina rangkaian
3. Pensyarah memantau dan menyemak sambungan rangkaian yang telah dibuat oleh pelajar.
    Pelajar melakukan pembetulan jika berlaku kesilapan.


Pelajar membentangkan hasil kerja mereka

4. Pelajar membentangkan model mereka di hadapan kelas dan menjawab soalan yang diutarakan
    oleh rakan-rakan pelajar yang lain.


BAHAN-BAHAN SOKONGAN


Set PlayDoh
Soalan Situasi




No comments:

Post a Comment